Resepi Homemade Smiley Fries

August 04, 2016

Assalamualaikum guyss.

Aku kan bila malam-malam ni memang suka lapar. Dah lapar tu takpalah, ni sampai taknak makan makanan-makanan yang dah tersedia tu yang susah tu. So, tengah duk scroll facebook tu terjumpak satu resipi. Terliur pulak tgk. Maka, berjalanlah aku ke dapur tu pergi tengok bahan-bahan cukup ke tak.

ALHAMDULILLAH, NASIB BAIK CUKUP.

Jadi, perkenalkan SMILEY FRIES.

Bahan-bahan:

-2 ubi kentang
-3 tbs tepung jagung (cornstarch/corn flour)
-1/4 cawan tepung
-3 tbs breadscrumps/serbuk roti
-1 tbs garam
-1/2 sudu kecil lada
-1 biji telur
-vegetable oil (aku guna minyak masak je)

Cara-cara:

1. Kupas kulit ubi kentang, basuh dan rebus ubi kentang tersebut selama 15-20 minit.
2. Hancurkan (hancur -,-) ubi kentang tadi bersama-sama tepung jagung, tepung, serbuk roti, garam dan lada.
3. Masukkan telur dan kacau. Kalau rasa melekit-lekit boleh tambah serbuk roti or tepung.
4. Letak adunan tadi di atas plastic wrap yang dah ditabur sedikit tepung dan taburkan lagi tepung di ats adunan tadi setelah dilenyek-lenyek sedikit sehingga leper dan letakkan selapis lagi plastic wrap di atasnya. So rollll it!
5. Tarik plastic wrap slow-slow and bentukkan bulatan (  o  ) .
6. Guna straw untuk buat matanya dan sudu untuk mebentuk mulutnya. (harap-harap pahamlah)
7. Panaskan minyak dan boleh goreng.
8. Hidangkan bersama dengan sos cili ke apa ke watever lah.

*P/S-maaf sebab aku tak share gambar sebab phone tengah charge - -

Tapi, kalau ada apa-apa kemusykilan boleh lawat link ni untuk lebih lanjut.
------>   Spoon University


You Might Also Like

0 comments