HATI DAN PENYAKITNYA
By Wana - August 12, 2016
Bismillahirrahmanirrahim |
Assalamualaikum guyss.
Okay, actually aku masih tak tahu nak post apa. Muehehee. Tapi bila ADA KAWAN YANG ANNOYING MINTAK NU MINTAK NI maka aku pun terpaksalah memerah otak untuk entri kali ni.
Okay macam ni lah, kita hidup ni perlukan peringatan so tak payah nak rasa annoying dengan tazkirah aku ni. Jangan risau, aku tak cakap panjang lebar pun. Setakat nak bukak hati kita je. Okay? K.
Waa, tajuk tentang HATI ? Kita semua ada hati kan. Sapa saja takdak hati. Even yang nampak muka keras selamba ja, jauh dalam lubuk hati mereka masih ada perasaan yang boleh merasai sakit, sedih, gembira. Tapi ramai jugak lah yang masih belum tahu yang hati pun boleh ada penyakit.
Penyakit macam mana? Jom baca sampai habis.
Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya dalam diri manusia terdapat
segumpal daging. Jika gumpalan daging itu bagus maka akan baguslah
seluruh anggota tubuh. Jika gumpalan daging itu rosak maka akan rosak
pula seluruh anggota tubuh. Ketahuilah, gumpalan daging itu ialah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hati ni, bila kita tak jaga elok-elok macam-macam kesan daripada penyakit tu. Hanya kerana salah faham yang kecil, pergaduhan dan pertelingkahan boleh tercetus. Sebab apa? Sebab hati masing-masing ego dengan pendirian sendiri. Sampai lupa toleransi kemana. Dan disebabkan benda yang kecik macam ni, pergaduhan yang lebih besar boleh tercetus. Dan tak hairanlah kalau kita boleh kata yang perpecahan masyarakat biasanya disebabkan hati yang terlalu ego untuk menerima sifat toleransi. Kadang sebab hati jugak, iri hati boleh terjadi. Kita cemburu melihat kejayaan rakan-rakan kita. Masa tu jugaklah syaitan nak berbisik suruh jatuhkan rakan kita. Astagfirullah. Betapa senangnya syaitan nak jatuhkan kita.
Jadi, apa ubat penyakit ini?
Jawabnya, zikirlah, solatlah, bacalah Al-Quran, berselawatlah. Sesungguhnya semua ini mampu untuk mmbersihkan hati kita bukan sahaja dapat menenangkan hati malahan dapat membersihkannya daripada titik hitam yang mungkin tak terkira titiknya. Allahu.
Marilah kita renungkan firman Allah SWT,
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya
(dengan melihat kesan-kesan yang tersebut) mereka menjadi orang-orang
yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga
yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka
mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati
yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)
In shaa Allah, moga kita memperoleh ibrahnya. Assalamualaikum.
0 Comments