ISTIADAT KONVOKESYEN SCPH

August 24, 2016



K abaikan gambar tu. Sekadar hiasan je kkk.  K actually nak cerita pasal tajuk tu ja.
Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Memandangkan aku merupakan seorang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi, so I dapat peluang untuk ambil peperiksaan Sijil Rendah Persilatan (SRP) tapi untuk yang dah tamat je lah. So, nak share sikit tentang hari konvokesyen tu. Sikit je lah k.


Lautan biru para graduan


Untuk Sijil Rendah Persilatan ni, ada dua tahap lulus. Iaitu lulus biasa dan lulus kepujian. Sejujurnya, aku cuma lulus biasa je lah. Bayangkan pesilat sekolah aku yang pergi semua dapat kepujian kecuali aku dan dua orang lagi kawan aku. So sad aihh. Ye lah, aku memang takde masa langsung untuk pergi latihan sebab sebelum tu sangat sibuk dengan pertandingan pantun yang nak lawan dah. So, kalau hampa pun mesti pilih latihan pantun kan, sebab tu ja nak lawan dulu. Jadi, memang duk target nak berlatih untuk silat selepas tu lah.Tapi, aku berulang so memang susah jugak lah nak berlatih silat sebab bila lupa tak tau nak rujuk sapa. Budak silat hat lain semua asrama. Menyedihkan ngat aihh. Tapi, takpe. Tahniah untuk diri sendiri!

Jadi, penerima-penerima ijazah mestilah berpakain serba biru, so kena beli lah dari depa kan. Wuuu. Biru lagi kak. Tudung putih *ni paling payah nak cari* Nasib aku tak pakai tudung sekolah >< Kami pergi naik bas and memang tak menginap dekat mana-mana sebab nak jimat duit >< Hueueue, sekolah lagi dikk. Sampai dekat rnr terus tukar baju and terus ke dewan konvo.

Okay, konvo kitorang mengambil tempat *acewahhh* di Dewan Sri Budiman, UiTM, Shah Alam, Selangor. Best lah sebab dewan memang kena ada aircond lah kan. Yang bestnya, rasa macam istiadat diraja campur konvokesyen. Memang penuh protokol lah. Bayangkan nak tangguh satu-satu agenda pun kena ada pengisytiharan. Lepas tu ada perarakan graduan, perarakan besar dan perarakan utama. Masa perarakan besar tu aku feeling-feeling zaman P Ramlee pulak. Zaman pembesar-pembesar duk berkumpul tu >< Comel je.

Ni masa aku terima ijazah. Nervous 20%




Graduan Zon Utaqaaaaa

Graduan palingcomel. Ehh.
K, dengan berakhirnya gambar graduan-paling-comel-ehh tu maka berakhirlah entri aku kali ni. So far, memang agak sibuk sebab exam akhir tahun makin dekat. So, kena struggle lebih sikit. In shaa Allah lepas ni ada sikit lah entri tentang kawan-kawan dari Miri, Sarawak. K guyss.

Assalamualaikum.


You Might Also Like

0 comments