ASSALAMUALAIKUM.
“Tidak suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan dirimu, kecuali sudah ada dalam kitab sebelum Kami jadikannya.” Al-Quran surah Al-Hadid ayat 22.
HYE. Dah lama kan Wana tak update entry baru. Asyik-asyik join giveaway aje. Okaylah, actually Wana baru je masuk asrama balik. Huwaaaa. Ni part paling sedih namatey. Nak qeyau gilaaa. Qeyau dah pun. Masuk asrama nak upkan prestasi exam actaully, tapi dah 3 minggu exam, macam sama
je. OkayII, ni semua bergantung kepada usaha kita sendiri. K I know lah -,- So, here ... taraa this night im back with this new entry. Pasal dejavu. Uuuu. Dejavu? pe tu ? Teruskanlah bacaan anda,
Pernah atau tidak anda mendengar perkataan deja vu sebelum ini? Deja vu
adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah mengalami
situasi yang sedang terjadi sebelum ini. Kita akan cuba mengingat kembali bila
dan di mana peristiwa terjadi namun sesuatu seolah-olah menghalang minda kita
untuk cuba mengingatinya.
Deja vu ini mungkin lebih kerap terjadi dalam
kalangan wanita. Betulkah begitu?
Deja vu terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu ‘pernah mengalami’, ‘pernah merasakan’, dan ‘pernah
mengunjungi’ sesuatu tempat itu sebelumnya. Banyak saintis Barat dan saintis
Islam yang mengeluarkan pendapat masing-masing tentang deja vu. Menurut kajian
juga, sebanyak 70 peratus daripada penduduk bumi pernah mengalami deja vu. Apa
pun sebagai umat Islam, pokok pangkalnya kita perlulah merujuk terlebih dahulu
kepada al-quran.
Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud
harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya. Menurut Syeikh Hisham
Kabbani, seorang sufi Islam, deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita
mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh
mahfudz.
Menurut kajian seorang doktor Mesir, Professor Ahmad Syauqi
Ibrahim yang menulis buku berjudul Misteri Potensi Gaib Manusia, deja vu
mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia ketika sedang tidur. Sebagai umat
Islam, kita percaya bahawa tidur itu ibarat mati sekejap. Baginda Rasul sendiri
menyebutkan bahawa tidur itu merupakan satu kematian kerana ketika tidur, tubuh
tidak mengandungi roh. Pernahkah kita tertanya-tanya ke mana sebenarnya roh
kita menghilang sewaktu kita sedang tidur?
Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan bahawa ketika kita
sedang tidur, roh kita keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh, tidak
kiralah sama ada masa silam ataupun masa hadapan, tetapi masih berhubungan
dengan tubuh badan kita.
Prof. Ahmad Syauqi membuat teori bahawa roh mampu bergerak
dengan sangat pantas, bahkan mungkin lebih pantas daripada kelajuan cahaya.
Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa
silam atau masa hadapan kita secara tidak langsung akan tersimpan ke dalam
otak. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan
mempengaruhi minda sedar kita.
Tidak mustahil juga deja vu terjadi kerana Allah telah
menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam roh ketika kita berada di
dalam rahim dulu. Tetapi, apa yang kita ingati mungkin cuba sedikit sahaja
daripada apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada roh kita. Seorang ustaz pernah menceritakan bahawa sebelum kita hidup, roh memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat
(alam roh). Mungkin di alam roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang
lain, oleh itu wajarlah jika kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah berjumpa
seseorang sebelum ini, tetapi tidak tahu bila dan di mana.
Professor Muhammad Al Ghazali melalui kitabnya Jaddik
Hayaatak (Perbaharuilah Hidupmu) menyatakan bahawa tidak ada apa yang baru di
dalam hidup ini. Bererti deja vu yang terjadi kepada kita adalah deja vu yang
realiti dan bukannya ilusi semata-mata. Jika dikaji tentang tamadun manusia,
semua yang terjadi sememangnya berulang-ulang. Perdamaian, peperangan,
keadilan, kezaliman, semua yang terjadi kepada kita sememangnya satu putaran.
contoh lain tentang deja vu ialah‘pernah
mengunjungi’. Mungkin ketika kita berumur 2 tahun, ibu bapa kita pernah membawa
kita ke Zoo Taiping tetapi tidak pernah memberitahu kepada kita tentang hal
tersebut dan tidak pernah langsung mengambil gambar kenangan di sana. Apabila
kita sudah mendirikan rumah tangga, kita pula yang membawa anak-anak ke Zoo
Taiping. Dan secara tiba-tiba kita berasa bahawa kita pernah mengunjungi tempat
itu sebelum ini sehingga kita tahu secara terperinci daripada jalan masuk
sehinggalah jalan keluar. Itulah deja vu yang logik dan mampu diterima akal.
Adakah para rasul mendapat deja vu? Jawapannya tidak sama
sekali. Para rasul menerima wahyu, mukjizat dan kelebihan di sisi Allah SWT.
Rasul tidak mengetahui masa lalu ataupun masa hadapan melainkan apa yang telah
disampaikan oleh Allah kepada mereka. Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini
perkara ini. Rasul bukanlah seorang yang mistik ataupun ajaib. Mereka merupakan
golongan yang telah dipilih oleh Allah untuk mendapat wahyu dan syariat dan
diperintahkan untuk menyampaikannya kepada ummat.
Info tentang deja vu ini
hanyalah melalui perspektif Islam. Banyak lagi teori-teori lain yang berkaitan
dengan sains dan kepercayaan mistik. Kita perlu sentiasa ingat, bahawa kita
semua ini sebenarnya sedang berada dalam keadaan “tidur”. Semua yang kita alami
di atas muka bumi ini hanyalah mimpi dan bukannya nyata. Kita perlulah sentiasa
beringat bahawa dunia hanyalah mimpi. Akhirat adalah realiti yang tidak boleh
dipertikaikan lagi. Ketika kita mengalami deja vu, mungkin itulah hikmah yang
Allah cuba sampaikan supaya kita lebih berhati-hati dalam segala perbuatan kita
dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak
ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di
daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia
mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi,
dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab
yang nyata (Luh Mahfudz)" Al-Quran surah Al-An’am ayat 59.
Kalau rasa share ni bermanfaat, silalah share kerana ilmu sewajarnya untuk disebarkan ^^
Assalamualaikum.
0 Comments