MACBOOK PRO BAHARU

October 31, 2016



Assalamualaikum.

K, ni nak share sikit tentang pelancaran Macbook Pro baharu. Haa, setelah lama kita menunggu, akhirnya Apple telah mengeluarkan laptop Macbook Pro 2016. Jadi, seperti khabar angin yang telah melanda, model kali ini tampil bersama Touch Bar. So, apakah itu Touch Bar?




Touch Bar akan membolehkan pengguna mengawal Mac hanya dengan menggunakan hujung jari. Touch Bar ini juga akan menggantikan fungsi button F1-F12.

Image result for macbook pro

Fokus pembaharuan kali ini lebih terarah kepada reka bentuk yang lebih nipis, skrin dan penambahan Touch Bar tersebut yang memerlukan Touch ID. Macbook Pro ini dikeluarkan dalam 2 saiz iaitu 13 inci dan 15 inci dan yang paling menariknya ia adalah 12% lebih nipis berbanding Macbook Air sebelum ini. Apple juga mengatakan bahawa Macbook Pro 2016 ini adalah paling ringan berbanding Macbook sebelum ini.

Pengguna boleh mendapatkan Macbook Pro ini bermula dari harga RM 6299 tanpa Touch Bar dan harga RM 7599 bagi Macbook Pro yang berserta dengan Touch Bar bagi saiz 13 inci. Manakala bagi saiz 15 inci, pengguna boleh mendapatkannya bermula dari harga RM 10 199 berserta dengan Touch Bar.

Model terbaharu ini ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Space Grey dan Silver.

Macbook Pro ini juga didatangkan dengan 4 port Thunderbolt 3 (USB-C) yang mana setiap port itu boleh digunakan untuk mengecas peranti berkenaan. Difahamkan bahawa Macbook Air 11 inci bakal ditamatkan.

Ternyata, Apple dilihat untuk meletakkan Macbook Pro 2016 tanpa Touch Bar sebagai model laptopt asasnya.

Macbook Pro ini juga direka khas untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar melalu beberapa features ini :

- Mercury-free LED-backlit display
- Arsenic-free display glass
- BFR-free
- PVC-free
- Beryllium-free
- Hughly recyclable aluminium enclosure
- Meets ENERGY STAR 61 requirements
- Rated EPEAT Gold




Jadi, kepada pengguna setia Apple dan Macbook dapatkanlah Macbook Pro ini dengan segera agar anda tidak ketinggalan untuk merasai pembaharuan yang dibawa oleh Apple kali ini.

p/s : camare 720p FaceTime HD

Sumber : Macbook Pro

You Might Also Like

3 comments

  1. Hahaha bilalah nk mampu pakai macbook ni :P tengok jelah mampu skrg ni, dasar pengganggur lah katakan :D

    ReplyDelete
  2. abam kie cuma mampu lihat aje..nak beli x de bajet..
    by the way, abam kie follows your blog.. no 39.

    ReplyDelete