HARI GURU SMKA AL-IRSHAD

Assalamualaikum wbt.

Acewah kau wana, mentang-mentang Ramadhan, bagi salam pun. Tolong lah aku masih bersedih lagi ni dengan laptop. Sepanjang masa nak rosak. Dah elok bwk pi kedai, aku balik asrama je dia rosak balik. Eh memang orang kerja utk perbetul kau je ke.

So, terpaksa tangguh dulu untuk update my poems, seriously weh banyak gila sajak aku sekarang. So, sekarang update entri baru pun kena guna phone. Tapi tak boleh update entri untuk page. Allahu. Sedihnya menyayat hati, tragis sungguh kisah kau wana.

Okay, back to my title, nak share tentang Hari Guru sekolah kami uolsss. Tapi deco kami taklah sehebat sekolah uolss. Deco kami biasa2 je sebab nak flow majlis tu yang berjalan lancar. Tema kami Time Travel. Haa, ingat senang ka nak bagi nampak travel tu. Susah kot. Dahla minggu exam. Sambil exam nak kena fikir tentang Hari Guru. Perghh parah weh. Dah habis majlis, sambung lagi exam. Perghh, lagi sangat parah ni.

Paling main deco dia of course lah terowong tu. But, hat sedihnya tak sempat nak bergambar dekat situ. Cantk dohh. Serius tak tipu. Aku taklah memainkan peranan yang besar sangat pun dalam deco, sebab i got another task, kena perform sajak sempena hari guru. Perghhh, ingat aku menulis ja ka. Aku pun spesies menyuarakan karya aku. Dan paling sedihnya bila orang kritik macam-macam. U know what, that event special for cikgu-cikgu. Bukannya kau. Haishh, menyibuk sungguh budak2 ni. Its hari guru, bukan hari kanak2. Kotlah kami ni  nak sambut kanak2 riang, takpelah nak kritik pun. But, sokay. Betullah, event kami memang tak sehebat dan tak segrand mana pun. So, kami terima ja. As long as kami dah berjaya settlekan this event. Alhamdulillah.

Dan di kesempatan ini, walaupun lambat, wana  nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA. TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJARMU DAN PENAT LELAHMU DALAM DUNIA PENDIDIKAN INI. KAMI SAYANG CIKGU.

NAH SPECIAL UNTUK SEMUA CIKGU.

Guru adalah awan indah terbang rendah,
Walau berona mendung di lembayung senja,
Tetap hujannya menyegarkan buana.

Dia seorang guru,
Meskipun penat menghadap kerenah,
Namun tetap mencurah segala.
Suara ihsannya ketika manusia kalah,
Menjadi ubat penawar keperitan.
Walau sepi syahdunya dalam dunia yang resah,
Tetap dipendam asalkan,
Barisan murid yang diharapnya,
Menggapai bintang yang paling bersinar.

Orang kata guru itu biasa,
Tapi bagi aku guru itu pelangi,
Mewarnai kehidupan kami.

Seorang guru itu,
Tiadakan sirna majisnya.

SELAMAT HARI GURU.

Dah wana dah. Makin lama makin meghaban. Stay tuned for more updates. Acewahh macam kau tak busy tu. Do give a thumbs up. Acewahhhhh ingat youtuber ka. Kk serius ni. Do give me ur feedback and share lah kenangan2 hampa semua dengan cikgu2.

Bye.


Siapakah Badiuzzaman Said Nursi?

Assalamualaikum.


  1. Image result for beautiful quotes


Setelah sekian lama, finally boleh jugak curi-curi masa nak update entri baru. Fuu, ingat senang ka? Busy sepanjang masa almaklumlah dak-dak SPM lah katakan. Kalau tak sibuk tu bohonglah. Zaman PT3 dulu bolehlah main-main, siap ponteng tuisyen lagi. Esok exam, harini duk bertapa lagi dekat bilik tv. Senior tegur pun hilang dibawa angin. Buat dek ja semua. Nak buat macam mana, kalau dah kesedaran PT3 tu datang lepas ambik result -,-

Image result for bediuzzaman said nursi

Okay back to the actual niat lah kan, nak share tentang Badiuzzaman Said Nursi. So, Wana mula minat sejarah  dan tokoh-tokoh ni since F2 lah. Banyak ke arah Turki dan bermula dengan Muhammad Al-Fateh. Nak hadam Muhammad Al-Fateh pun makan masa jugak. Nak buat macam mana, aku minat banyak genre pembacaan. Jadi, nak habis satu-satu tu perghhh.

Satu haritu, terdengar lah sikit tentang sejarah hidup Badiuzzaman Said Nursi. Dan terus aku rasa tertarik nak selidik tentang beliau. Bila pergi kedai buku, kocek duit manjang ah mencemburui segalanya. But finally, dapat jugak beli API TAUHID written by HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY. Penceritaannya tentang Badiuzzaman Said Nursi diselitkan dalam kisah kehidupan seorang pemuda bernama Fahmi. Watak Fahmi ni pun dah berjaya memikat hati, apatah lagi penceritaan tentang Badiuzzaman Said Nursi, sang tokoh berpengaruh dan penuh "keajaiban". Dan banyak lagi cerita-cerita kecil yang diceritakan seperti kisah Perang Mu'tah yang dengan sekali jentik sahaja sudah mampu menyentap tangkal hati kita yang mungkin dah lama kita biarkan tak berusik.

Nama sebenar Badiuzzaman Said Nursi ialah Said bin Mirza. Beliau dilahirkan di Nurs dan secara umumnya terletak di Turki. Said Nursi mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau merupakan anak yang keempat hasil perkahwinan Mirza dan Nuriye(Nuriyyah). Dan dalam novel ni, mestilah ada diceritakan tentang ibu bapa beliau iaitu bapanya, Mirza dan ibunya, Nuriye. Percayalah, cerita tentang ibu bapanya pun sudah cukup indah menjadi renungan kita. Apatah lagi cerita tentang Said Nursi. Nuriye menceritakan sebelum Said Nursi dilahirkan, dia adab bermimpi bintang keluar dari perutnya dan jatuh kedalam laut dan cahayanya menerangi seluruh persada. Dan ketika dia melahirkan Said Bursi, dia tidak merasakan sakit untuk melahirkan itu. Dan ketika Said Nursi masih bayi lagi, dia sering menolak jika ibunya mahu memberikannya susu di siang hari dalam bulan Ramadhan. Seolah-olah bayi sekecil ini juga mahu puasa bersama.

Dan sejak kecil lagi, Said Nursi amat berminat dengan cerita-cerita Rasulullah SAW. Said kecil memang berbeza dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia cerdas dan kritis. Dia juga suka bertanya. Bahkan suka memberikan analisis dan sering kali mengkritik jawapan-jawapan dan persoalan yang dianggapnya tidak masuk akal.Di usia kecilnya juga, dia sudah mampu menolak kepercayaan penduduk kampung yang mempercayai bahawa gerhana bulan terjadi desebabkan seekor naga menelannya. Ibu bapanya sering saling menyokong dan membantu seperti Sayidina Ali dan Sayidatina Fatimah.

Okay sebenarnya aku malaslah nak hurai panjang-panjang memandangkan ilmu aku masih lagi setitik air di daun keladi, In shaa Allah akan aku habiskan pembacaan novel ini dengan segera supaya boleh share dengan you guysss.


I'm using Cosmoderm

Image result for bts 2017

Hey Guyss! Whats up?


Assalamualaikum. So, it has been such a long break since I have not updated any posts here. Today, I chose randomly what Im going to share, and here! Tadaa, what kind of skincare yang Wana tengah guna sekarang?


TBH lah, kulit Wana agak sensitip. Tambah-tambah dengan makeup, serious sensitif gilaa! Pakai ja, ada lah pimples hat comel-comel tu singgah nak menumpang. Haishh.
And, one more kulit Wana berminyak. Currently, Im using Watsons Facial Oil Absorbent Paper. It wipes away excess oil wthout removing moisture from your skin. The dual-sided glossy paper makes it easy to use on either side. It can be used anytime. I repeat anytime! Before and after makeup application. And sometimes tu, I just go and wash my face. Dah kadang-kadang tu malas nak usung benda alah tu, even ringan tahap kapas pun, kalau dah malas tak boleh nak buat apa dah.

So, now I'm using Cosmoderm. Tea Tree Oil Acne Skin Set.

Image result for cosmoderm
Suitable fo acne and pimples skin.

SET INCLUDES :

1X Tea Tree Oil Facial Cleanser (125 ml) - RM 15.90

1X Tea Tree Oil Clarifying Lotion (100 ml) - RM 19.90

1X Tea Tree Oil Anti Blemishes X-Press (10 ml) - RM 18.90

1X Tea Tree Oil Day and Night Moisturiser (50 g) - RM 18.90

1X Tea Tree Oil Purifying Mask (100 ml) - RM 24.90

It is the perfect combination to help reduce and dry up acne and pimples effectively. It costs only RM 80.00. Well, I'm sure it is still reasonable isn it? So, how to use it? 
Here:


Step 1: Cleanser
Tea Tree Oil Facial Cleanser helps remove oil, grime, unclog pores and control skin oiliness to reduce pimples. Cleanse twice a day.

Step 2: Detox
Tea Tree Oil Purifying Mask helps absorb excess oil, dry up pimples and unclog pores. Leave for 15 – 20 minutes. Use 2 - 3 times a week.

Step 3: Tone
Tea Tree Oil Toning Lotion helps treat pimples, removes bacteria and excess oil on skin.  Apply lightly in circular motion onto entire face using a facial cotton pad.

Step 4: Treatment
Tea Tree Oil Anti Blemish X-press helps shrink acne and loosen whiteheads and blackheads. Apply onto acne and pimples twice daily.
Step 5: Moisturise
Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser is a light moisturiser for oily skin with sunscreen protection.  

And, kalau tanya Wana, sumpah berkesan gila! I dont know how to give my opinion, but trust me this skincare helps me a lot to get rid of my pimples. 






MACBOOK PRO BAHARU



Assalamualaikum.

K, ni nak share sikit tentang pelancaran Macbook Pro baharu. Haa, setelah lama kita menunggu, akhirnya Apple telah mengeluarkan laptop Macbook Pro 2016. Jadi, seperti khabar angin yang telah melanda, model kali ini tampil bersama Touch Bar. So, apakah itu Touch Bar? Touch Bar akan membolehkan pengguna mengawal Mac hanya dengan menggunakan hujung jari. Touch Bar ini juga akan menggantikan fungsi button F1-F12.

Image result for macbook pro

Fokus pembaharuan kali ini lebih terarah kepada reka bentuk yang lebih nipis, skrin dan penambahan Touch Bar tersebut yang memerlukan Touch ID. Macbook Pro ini dikeluarkan dalam 2 saiz iaitu 13 inci dan 15 inci dan yang paling menariknya ia adalah 12% lebih nipis berbanding Macbook Air sebelum ini. Apple juga mengatakan bahawa Macbook Pro 2016 ini adalah paling ringan berbanding Macbook sebelum ini.

Pengguna boleh mendapatkan Macbook Pro ini bermula dari harga RM 6299 tanpa Touch Bar dan harga RM 7599 bagi Macbook Pro yang berserta dengan Touch Bar bagi saiz 13 inci. Manakala bagi saiz 15 inci, pengguna boleh mendapatkannya bermula dari harga RM 10 199 berserta dengan Touch Bar.

Model terbaharu ini ditawarkan dengan 2 pilihan warna iaitu Space Grey dan Silver.

Macbook Pro ini juga didatangkan dengan 4 port Thunderbolt 3 (USB-C) yang mana setiap port itu boleh digunakan untuk mengecas peranti berkenaan. Difahamkan bahawa Macbook Air 11 inci bakal ditamatkan.

Ternyata, Apple dilihat untuk meletakkan Macbook Pro 2016 tanpa Touch Bar sebagai model laptopt asasnya.

Macbook Pro ini juga direka khas untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar melalu beberapa features ini :

- Mercury-free LED-backlit display
- Arsenic-free display glass
- BFR-free
- PVC-free
- Beryllium-free
- Hughly recyclable aluminium enclosure
- Meets ENERGY STAR 61 requirements
- Rated EPEAT Gold




Jadi, kepada pengguna setia Apple dan Macbook dapatkanlah Macbook Pro ini dengan segera agar anda tidak ketinggalan untuk merasai pembaharuan yang dibawa oleh Apple kali ini.

p/s : camare 720p FaceTime HD

Sumber : Macbook Pro


DEJA VU DALAM ISLAM


ASSALAMUALAIKUM.


“Tidak suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan dirimu, kecuali sudah ada dalam kitab sebelum Kami jadikannya.” Al-Quran surah Al-Hadid ayat 22.



HYE. Dah lama kan Wana tak update entry baru. Asyik-asyik join giveaway aje. Okaylah, actually Wana baru je masuk asrama balik. Huwaaaa. Ni part paling sedih namatey. Nak qeyau gilaaa. Qeyau dah pun. Masuk asrama nak upkan prestasi exam actaully, tapi dah 3 minggu exam, macam sama 
je. OkayII, ni semua bergantung kepada usaha kita sendiri. K I know lah -,- So, here ... taraa this night im back with this new entry. Pasal dejavu. Uuuu. Dejavu? pe tu ? Teruskanlah bacaan anda,

Image result for dejavu dalam islam


Pernah atau tidak anda mendengar perkataan deja vu sebelum ini? Deja vu adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah mengalami situasi yang sedang terjadi sebelum ini. Kita akan cuba mengingat kembali bila dan di mana peristiwa terjadi namun sesuatu seolah-olah menghalang minda kita untuk cuba mengingatinya.

Deja vu ini mungkin lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita. Betulkah begitu?

Deja vu terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ‘pernah mengalami’, ‘pernah merasakan’, dan ‘pernah mengunjungi’ sesuatu tempat itu sebelumnya. Banyak saintis Barat dan saintis Islam yang mengeluarkan pendapat masing-masing tentang deja vu. Menurut kajian juga, sebanyak 70 peratus daripada penduduk bumi pernah mengalami deja vu. Apa pun sebagai umat Islam, pokok pangkalnya kita perlulah merujuk terlebih dahulu kepada al-quran.


Deja vu berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud harfiah (already seen), iaitu pernah melihat sebelumnya. Menurut Syeikh Hisham Kabbani, seorang sufi Islam, deja vu terjadi kerana jasad fizikal kita mempunyai hubungan yang sangat erat dengan spiritual yang sudah tertulis di luh mahfudz.

Menurut kajian seorang doktor Mesir, Professor Ahmad Syauqi Ibrahim yang menulis buku berjudul Misteri Potensi Gaib Manusia, deja vu mempunyai kaitan dengan aktiviti manusia ketika sedang tidur. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa tidur itu ibarat mati sekejap. Baginda Rasul sendiri menyebutkan bahawa tidur itu merupakan satu kematian kerana ketika tidur, tubuh tidak mengandungi roh. Pernahkah kita tertanya-tanya ke mana sebenarnya roh kita menghilang sewaktu kita sedang tidur? 

Pendapat Prof. Ahmad Syauqi menyatakan bahawa ketika kita sedang tidur, roh kita keluar daripada tubuh dan menuju ke alam roh, tidak kiralah sama ada masa silam ataupun masa hadapan, tetapi masih berhubungan dengan tubuh badan kita. 

Prof. Ahmad Syauqi membuat teori bahawa roh mampu bergerak dengan sangat pantas, bahkan mungkin lebih pantas daripada kelajuan cahaya. Saat roh kembali ke dalam tubuh, pengalaman yang dialami oleh roh pada masa silam atau masa hadapan kita secara tidak langsung akan tersimpan ke dalam otak. Pengalaman tersebut kadang-kadang akan berulang dalam dunia nyata dan mempengaruhi minda sedar kita.

Tidak mustahil juga deja vu terjadi kerana Allah telah menceritakan imbasan perjalanan hidup kita di alam roh ketika kita berada di dalam rahim dulu. Tetapi, apa yang kita ingati mungkin cuba sedikit sahaja daripada apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada roh kita.  Seorang ustaz pernah menceritakan bahawa sebelum kita hidup, roh memang sudah ada dan berkumpul di satu tempat (alam roh). Mungkin di alam roh kita pernah berkomunikasi dengan roh-roh yang lain, oleh itu wajarlah jika kita tiba-tiba rasa bahawa kita pernah berjumpa seseorang sebelum ini, tetapi tidak tahu bila dan di mana.

Professor Muhammad Al Ghazali melalui kitabnya Jaddik Hayaatak (Perbaharuilah Hidupmu) menyatakan bahawa tidak ada apa yang baru di dalam hidup ini. Bererti deja vu yang terjadi kepada kita adalah deja vu yang realiti dan bukannya ilusi semata-mata. Jika dikaji tentang tamadun manusia, semua yang terjadi sememangnya berulang-ulang. Perdamaian, peperangan, keadilan, kezaliman, semua yang terjadi kepada kita sememangnya satu putaran.

contoh lain tentang deja vu ialah‘pernah mengunjungi’. Mungkin ketika kita berumur 2 tahun, ibu bapa kita pernah membawa kita ke Zoo Taiping tetapi tidak pernah memberitahu kepada kita tentang hal tersebut dan tidak pernah langsung mengambil gambar kenangan di sana. Apabila kita sudah mendirikan rumah tangga, kita pula yang membawa anak-anak ke Zoo Taiping. Dan secara tiba-tiba kita berasa bahawa kita pernah mengunjungi tempat itu sebelum ini sehingga kita tahu secara terperinci daripada jalan masuk sehinggalah jalan keluar. Itulah deja vu yang logik dan mampu diterima akal.

Adakah para rasul mendapat deja vu? Jawapannya tidak sama sekali. Para rasul menerima wahyu, mukjizat dan kelebihan di sisi Allah SWT. Rasul tidak mengetahui masa lalu ataupun masa hadapan melainkan apa yang telah disampaikan oleh Allah kepada mereka. Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini perkara ini. Rasul bukanlah seorang yang mistik ataupun ajaib. Mereka merupakan golongan yang telah dipilih oleh Allah untuk mendapat wahyu dan syariat dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada ummat.

Info tentang deja vu ini hanyalah melalui perspektif Islam. Banyak lagi teori-teori lain yang berkaitan dengan sains dan kepercayaan mistik. Kita perlu sentiasa ingat, bahawa kita semua ini sebenarnya sedang berada dalam keadaan “tidur”. Semua yang kita alami di atas muka bumi ini hanyalah mimpi dan bukannya nyata. Kita perlulah sentiasa beringat bahawa dunia hanyalah mimpi. Akhirat adalah realiti yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ketika kita mengalami deja vu, mungkin itulah hikmah yang Allah cuba sampaikan supaya kita lebih berhati-hati dalam segala perbuatan kita dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfudz)" Al-Quran surah Al-An’am ayat 59.


Kalau rasa share ni bermanfaat, silalah share kerana ilmu sewajarnya untuk disebarkan ^^

Assalamualaikum.






TRAIN TO BUSAN #moviereview


ASSALAMUALAIKUM.

Hee saja caps lock kan. Kita zaman sekarang kan kedekut salam sangat. By the way, untuk entry kali ini Im gonna share my pendapat lah tentang movie Train To Busan. Em, sapa2 yang belum tengok lagi cerita ni, cepat2 pegi tengok. Kalau tanya aku lah aku kasi 9/10 bintang. Hahaaahahaha. Sebab aku mana pernah bagi 10/10 bintang kat sapa2 pun including myself. Ada alasan jugaklah aku kasi 9 tu sebab Daddy Su An tu mati. Aduhaii. Dih ngat aihh.




K jom kita kenal pelakon2 dia sikit2 jelah. Nak banyak2 pegi tengok pegi search sendiri.
Image result for gong yoo

K hat depan sekali tu auwhhh sapa kenai, sila senyum sorang2. Ingat tak lagi cerita Coffee Prince, Gong Yoo? Haa, dia lah yang jadi Daddy kepada Su An ni. Dia ni pada mulanya seorang yang selfish and memang sibuk dengan kerja dia tapi demi memenuhi permintaan anaknya yang nak ke Busan untuk jumpa mommy dia, si Daddy ni terpaksa cuti and ikut anak dia sekali naik train tu.

Image result for kim soo ahn

K seterusnya anak laki tu Su An, Ahhh aku suka budak ni. Suka bagi aku menangis sekali. Paling sedih part dia kena lepaskan Daddy dia, aduhai aku memang tak tahan langsung ayaq mata ni. Dih sungguh aihh.

Image result for jung yu-mi train to busan

K then tengok gambar tu ada pasangan tu kan. Haa aku suka jugak pasangan ni. Perempuan tu Jung Yu-Mi adn dalam cerita ni dia mengandung. Em, bayangkanlah dalam keadaan genting dengan nak lari dari zombie2 tu lagi, dia kena bertarung tenaga demi diri dia sendiri dan anaknya dalam kandungan. Nama fetus dia bak katanya lah, Sleepy. Suami dia pulak ouchhh i suka i suka. Sangat caring, gentleman.

 Image result for choi woo-sik train to busan

K last watak Choi Woo-Shik aku tak ingatlah dalam cerita ni nama dia apa. Tapi dia naik train tu dengan kawan-kawan dia. Bayangkan masa Gong Yoo, Ma Dong Seok(husband hat lovely tu) dengan Choi Woo Shik ni nak kena lepas 3 kabin tak silap aku untuk ke kabin hat paling selamat and diorang kena tempuh zombie-zombie tu. Bila mai satu part Zombie tu kawa-kawan dia yang memang dah jadi zombie, bayangkan perasaan dia nak pukul kawan dia tu sendiri macam mana. Huuu i feel u bro. Ehh, macam malaysia dah ada zombie pulak.

Aku tengok cerita ni kat Youtube. Heee. Youtube dah delete rasanya. Kehkehhkeh. Actually ada ja kat tenet kalau korang pi godek-godek cari ada aihh. Sapa yang belum tengok tu cepatlah tengok. Cepat! Aku paksa ni. Rugi serious aar rugi nak habaq mai kat hampa kalau hampa tak tengok. Ingat senang ka aku nak bagi feedback movie sampai 9/10 ni. Trust mee.

Image result for jung yu-mi train to busan

Ah jap lupa satu lagi watak. Watak paling aku benci. Pak cik ni. Sangat selfish. At least Gong Yoo tu berubah jugak last-last tu. Pak cik ni tak sedaq diri jugaklah. Hahaa, kalau bukan sebab 3 orang laki hat tahan pintu tu rasanya zombi2 terlepas habih depa ni. Tapi dak dia duk selfish tu lah. Tak sedaq diri betoi. LAST, JADI KENA GIGIT DENGAN ZOMBIE JUGAK. PADANMUKA.HAHAHAHA.

K dah meh nak share sikit gambar-gambar cerita ni. Tengok jangan tak tengok.

Image result for jung yu-mi train to busan 
Image result for jung yu-mi train to busan 

Image result for jung yu-mi train to busan
Image result for jung yu-mi train to busan 

Dan apa yang aku baru tahu akan ada Train To Busan 2. Wahhhhhh, ceq tak sabaq ni, best nat2 aihh. Suka2!


ISTIADAT KONVOKESYEN SCPH


So b happy !

K abaikan gambar tu. Sekadar hiasan je kkk.  K actually nak cerita pasal tajuk tu ja.
Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Memandangkan aku merupakan seorang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi, so I dapat peluang untuk ambil peperiksaan Sijil Rendah Persilatan (SRP) tapi untuk yang dah tamat je lah. So, nak share sikit tentang hari konvokesyen tu. Sikit je lah k.


Lautan biru para graduan


Untuk Sijil Rendah Persilatan ni, ada dua tahap lulus. Iaitu lulus biasa dan lulus kepujian. Sejujurnya, aku cuma lulus biasa je lah. Bayangkan pesilat sekolah aku yang pergi semua dapat kepujian kecuali aku dan dua orang lagi kawan aku. So sad aihh. Ye lah, aku memang takde masa langsung untuk pergi latihan sebab sebelum tu sangat sibuk dengan pertandingan pantun yang nak lawan dah. So, kalau hampa pun mesti pilih latihan pantun kan, sebab tu ja nak lawan dulu. Jadi, memang duk target nak berlatih untuk silat selepas tu lah.Tapi, aku berulang so memang susah jugak lah nak berlatih silat sebab bila lupa tak tau nak rujuk sapa. Budak silat hat lain semua asrama. Menyedihkan ngat aihh. Tapi, takpe. Tahniah untuk diri sendiri!

Jadi, penerima-penerima ijazah mestilah berpakain serba biru, so kena beli lah dari depa kan. Wuuu. Biru lagi kak. Tudung putih *ni paling payah nak cari* Nasib aku tak pakai tudung sekolah >< Kami pergi naik bas and memang tak menginap dekat mana-mana sebab nak jimat duit >< Hueueue, sekolah lagi dikk. Sampai dekat rnr terus tukar baju and terus ke dewan konvo.

Okay, konvo kitorang mengambil tempat *acewahhh* di Dewan Sri Budiman, UiTM, Shah Alam, Selangor. Best lah sebab dewan memang kena ada aircond lah kan. Yang bestnya, rasa macam istiadat diraja campur konvokesyen. Memang penuh protokol lah. Bayangkan nak tangguh satu-satu agenda pun kena ada pengisytiharan. Lepas tu ada perarakan graduan, perarakan besar dan perarakan utama. Masa perarakan besar tu aku feeling-feeling zaman P Ramlee pulak. Zaman pembesar-pembesar duk berkumpul tu >< Comel je.

Ni masa aku terima ijazah. Nervous 20%




Graduan Zon Utaqaaaaa

Graduan palingcomel. Ehh.
K, dengan berakhirnya gambar graduan-paling-comel-ehh tu maka berakhirlah entri aku kali ni. So far, memang agak sibuk sebab exam akhir tahun makin dekat. So, kena struggle lebih sikit. In shaa Allah lepas ni ada sikit lah entri tentang kawan-kawan dari Miri, Sarawak. K guyss.

Assalamualaikum.