Sains Komputer (Pengalaman aku)
By Wana - August 06, 2016
Assalamualaikum guyss.
Alhamdulillah, finally Im done with my blog's design. Busy sana-sini harini hari semalam semata-mata nak pahamkan semuanya dan akhirnya wujudlah face baru blog aku. Lebih simple rasanya. Korang boleh teroka dengan lebih mudah mengikut categories. Wowww.
K dah-dah. Actually, Im going to share with you guyss aku punya pengalaman study dalam aliran Sains Komputer. Aishemann pengalaman bakhangg. Padahal still in Form 4.
WHAT ?!! APA TU SAINS KOMPUTER?
Buat yang memang tak tau sangat,
Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++ dan Java..
Ambik kau, special copy dari wikipedia. Mehla aku ringkaskan sikit.
Sains Komputer ni merupakan salah satu cabang bidang Sains jugak. Skop dia masih lagi belum jelas sebab dia boleh berkembang lagi mengikut perkembangan teknologi.
Masa Form 3, aku tak target mana except for Sains Komputer dan Pure Science. Tapi dengan result PT3 aku yang tak berapa memberansangkan (9A 2B), aku akhirnya dimasukkan ke aliran Sains Komputer. Lepastu, ramai pulak kawan-kawan aku yang pindah sekolah atau kena paksa pindah sekolah. So, memang ramai lah yang terfikir nak pindah pi pure sc. Tambah-tambah dak-dak Sains Komputer ni
Aku pun hampir terpengaruh untuk pindah sekali hehe. Yelah duk pikiaq masa depan ja ni.
Balik tu, kak aku pun suggest stay Sains Komputer sebab sekarang zaman teknologi. Ramia jugak yang support aku untuk stay. Lagipun bukannya aku tak minat pun, so tak akan jadi masalah lah dari segi perhatian untuk aku belajar kan. Mintak bantuan pokcik Google. Tengok, ramai yang kata Sains Komputer dari segi pekerjaan-pekerjaannya memang banyak. Dan sangat diperlukan di Malaysia. Ihikksss. Gila tak suka.
Kerja bahagian IT sangat diperlukan di Malaysia.
Jadi, aku pun memilih untuk stay di Sains Komputer. Dan aku tetapkan masa depan aku dengan Software Engineering. Mampu tetapkan dan merancang, kalau Allah izinkan Alhamdulillah. So far, sepanjang aku belajar Subjek IT ni, alhamdulillah lah aku masih boleh go on lagi. Macam subjek-subjek yang lain, kalau faham senang lah. Cuma satu je, kalau korang dapat aliran ni, pesan aku belajarlah subjek ni dalam bahasa inggeris sebab belajar dalam bahasa melayu boleh buat kita lagi pening actually. Haa, tu lah yang aku hadapi tuh. Fuhh, simpati betul kat minda aku ni.
Tapi, kalau korang mintak pendapat aku, aku sangat suggest korang untuk ambik dan stay dengan Sains Komputer.
Dekat sekolah aku, aliran Sains Komputer ni ada subjek:
-Bahasa Melayu
-Bahasa Inggeris
-Matematik
-Matematik Tambahan
-Fizik
-Kimia
-Teknologi Maklumat (IT)
-Sejarah
-Syariah Islamiah
-Quran Sunnah
-Bahasa Arab
Jadi, apa pendapat korang semua pulak tentang aliran ni?
0 Comments