Resepi Ayam Masak Lemak

May 25, 2019

Hi everyone.

Kalini, I nak share resepi ayam masak lemak. Sebab I rindukan ayam masak lemak anjung UiTM Dengkil, so I pun terdetiklah nak masak menu ni. Simple je, so tak payah pening-pening. I can say that ni antara menu yang mudah untuk anyone yang baru nak berjinak-jinak dengan memasak. So, let's get started.

AYAM MASAK LEMAK



INGREDIENTS:


  • Ayam
  • Santan
  • Cili padi
  • Serbuk kunyit satu setengah sudu kecil
  • Serai 2 batang
  • Bawang merah 2 ulas
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Ubi kentang (sebab I suka kentang)
  • Asam keping or tamarind paste







HOW TO COOK?:


  1. Blendkan cili padi, serbuk kunyit dan sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah. I tumbuk guna lesung batu je bawang merah tu sebab I suka cara macam tu je.
  3. Lepas bawang tu dah naik bau, warna golden-golden giteww, masukkan bahan yang diblend tadi.
  4. And then, masukkan ayam, ubi kentang dan serai.
  5. Jangan lupa masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Bila semua bahan tadi dah start masak, you know what I mean, (bila nampak macam mendidih tu lah kalau tak tau) baru masukkan santan. 
  7. Jangan lupa masukkan tamarind paste or asam keping ye.
  8. Ayam dah masak, kentang dah empuk, dah boleh dihidang, yayyy.





Macam yang I cakap tadi, senang je kan nak masak ayam masak lemak ni. Don't worry, I suka share resepi yang simple-simple je. Nak share yang susah pun, sis tak pro kalau nak insert apa-apa tips and petua. So, enjoylah resepi yang mudah-mudah ni. Selamat mencuba!

You Might Also Like

1 comments

  1. Sedapnya gulai lemak ayam tuh.. Senang pula tu nak memasaknya..

    ReplyDelete