Holla everyone.
Disebabkan I terlebih aktif di bulan Ramadhan ni, so kali ni, sis nak share resepi nasi ayam pulak. And as usual, tak perlu risau sebab I memang selalu buat nasi ayam. So, takde bahan-bahan or step merapu and tak masuk akal tau. Let's get started!
INGREDIENTS (AYAM)
- Seekor ayam
- 2 inci halia
- 4 ulas bawang putih
- 6 ulas bawang merah
- Kicap cair dan kicap pekat
- Sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 2/3 biji limau nipis
HOW TO COOK?:
- Blendkan halia, bawang putih dan bawang merah. I suka blend sebab I nak dia hancur lumat.
- Bahan yang diblend tadi, dilumurkan ke ayam and biarkan dalam 30 minit.
- Selepas 30 minit, rebuskan ayam tadi. Tak perlu rebus lama-lama sangat, sebab nanti nak goreng lagi.
- Ayam yang dah direbus, dikeluarkan untuk bahan perap pulak. Jangan perap sekali dengan air rebusan tadi pulak.
- Untuk perap, masukkan kicap, sos tiram, madu dan limau nipis. Gaulkan bagi rata and perapkan. Ikut koranglah nak perap berapa lama. I selalunya perap 2/3 jam macam tu. Biasalah nak cepatkan.
- Lepas dah perap, baru boleh digoreng. Goreng pun tak perlu lama-lama.
- Lebihan bahan perap ayam tadi, jangan buang. Boleh digunakan untuk kuah kicap.
INGREDIENTS (NASI AYAM)
- Mentega
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 helai daun pandan (simpul)
- Bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
- 1 kiub serbuk pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- Secubit gula
- Susu full cream (suku cawan je, i guna dutch lady)
- Secubit kunyit
HOW TO COOK?:
- Tumiskan bawang & halia yang diblend, daun pandan, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
- Masukkan bahan-bahan yang lain and biarkan sedikit mendidih.
- Masukkan dalam periuk nasi dengan beras yang telah dibasuh of course. Kalau sukatan air tak cukup, bolehlah masukkan air biasa sikit.
- And last, I letak kunyit sikit nak bagi ada warna. Warna tak perlu kuning sangat, biasa-biasa je pun dah nampak fancy.
INGREDIENTS (KUAH SUP)
- Daun sup
- Bawang besar
- 1 Kiub pati ayam
- Secukup rasa
- Rempah sup @ Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
- Kentang
HOW TO COOK?:
- Air rebusan ayam tadi je kita panaskan and masukkan bawang merah yang ditumbuk.
- Masukkan kentang. Ikut je berapa banyak kita nak.
- Masukkan kiub pati ayam, rempah sup @ bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan sedikit secukup rasa.
- Lepas dah mendidih, akhirkan dengan masukkan daun sup.
- Siap. Untuk sup, I buat simple-simple je.
INGREDIENTS (KUAH KICAP)
- Lebihan kuah perapan ayam
- Kicap
- Sedikit air rebusan ayam
- Gula
- Secukup rasa
HOW TO COOK?:
- Lebihan kuah perapan ayam dipanaskan.
- Tambahkan sedikit gula dan secukup rasa.
- Masukkan sedikit air rebusan ayam tadi.
- Tambah kicap jika perlu. (tapi I selalu je tambah lagi)
INGREDIENTS (SAMBAL)
- 5/6 tangkai cili hidup merah
- 1 sudu kecil cuka
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 sudu kecil gula dan garam @ secukup rasa
- Sedikit air rebusan ayam
HOW TO COOK?:
- I blendkan semua bahan tu.
- Panaskan dalam kuali.
- Tambahkan air jika perlu, bila dah macam mendidih sedikit tu dah siap.
Dah siap !! Senang je kan. Kalau bahan yang asing-asing tapi boleh blend sekali, boleh je blend sekali semua (halia, bawang merah, bawang putih) Nanti bahagi je untuk yang mana yang perlu digunakan. Nasi ayam ni antara menu yang simple sangat sebab susah dia sebab kena tunggu lama je, macam tunggu nak perap semua tu. But, it's okay lah, sebab sambil tunggu, boleh buat hal lain dulu kan. Heheee, GOODLUCK !
0 Comments