Resepi AGLIO OLIO Simple !!

May 12, 2019

Hii peoplee, I'm back!!

So, this time around, I nak share resepi yang sangat-sangat mudah. This is my very first time tau share recipe dekat sini. But, it's okay. Sebab I dah try banyak kali resepi ni, so dijamin tak akan sakit perut or tak sedap. Nak masak ni, korang tak ikut resepi yang korang baca tu pun takpe, sebab you guys yang nak makan kan? So, just buat ikut selera korang. Macam mana yang korang suka. I pun jenis pemalas, so kita share resepi malas-malas jugak, hehee.

AGLIO OLIO SIMPLE



INGREDIENTS:


  • Spaghetti (or any types of pasta)
  • Olive oil
  • Bawang putih (4 ulas, cincang or I guna lesung batu je senang)
  • Cili kering (2/3 tangkai)
  • Ayam & Sotong (udang sedap jugak)
  • Parsley/daun sup
  • Blackpepper
  • Parmesan Cheese
  • Serbuk perasa






HOW TO COOK?:


  1. Tumis bawang putih and cili kering tu.
  2. Masukkan ayam and sotong. I tambah sikit air. Air tak payah pening-pening, guna je bekas rebus spaghetti tu. Idk why, tapi I suka guna. 
  3. Lepas ayam and sotong tu dah masak, baru masukkan spaghetti. And I masukkan serbuk perasa jugak sebab nak bagi sedap lah kan. Kalau taknak, tak payahla. 
  4. And then, baru I masukkan blackpepper and parsley.
  5. Sambil tunggu nak masukkan setiap bahan tu, boleh je korang nak tambah air sikit-sikit sebab taknak kering sangat nanti tak sedap. 
  6. And the last step is parmesan cheese. I tersangat-sangatlah suka cheese, so I masukkan before padam api. Nak bagi aglio olio berkrim sikit. Berkrim sikit je bukan sampai berkuah pulak. And tadaaa, dah siap. Dah boleh hidang. Nak tambah parmesan cheese time hidang pun okay.






Dah siap! Simple je kan? For me, this is less time consuming if you do it in the right way. So, just give a try! GOOD LUCK ^^




You Might Also Like

0 comments