Assalamualaikum.
Okay, untuk entry kali ni, aku tertarik untuk berkongsi tentang salasilah keturunan Wan & Nik.
Pada suatu ketika, ada seorang Sultan bernama Raja Kumar di Kelantan. Tak pasti dari mana asal Raja Kumar ini, mungkin dari India? Dari keturunan Raja Kumar inilah munculnya Cik Siti Wan Kembang. Ketika Cik Siti Wan Kembang menjadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma di wilayah timur Kelantan), tempatnya menjadi terkenal maka ramailah para pedagang yang datang.
Jembal ialah sebuah wilayah dalam negeri Kelantan. Rajanya bernama Raja Saadong. Anak-anak bagindalah yang mula dengan nama gelaran Nik.
Berbalik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi, beliau tiada anak. Jadi, diambilnya Puteri Saadong (dikatakan teramat cantik hinggakan Maharaja Siam datang menculik) sebagai anak angkat dan bakal menjadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan Jembal.
Dipendekkan cerita, selepas diculik Maharaja Siam dan dipulangkan ke Kelantan semula, beliau bergaduh dengan suaminya. Ketika bergaduh itu, suaminya mati tertikam cucuk sanggul Puteri Saadong. Puteri Saadong pun melarikan diri dan tamatlah kisah beliau.
Kemudian, Long Bahar (putera Raja Patani bernama Wan Daim) ditabal menjadi Raja Jembal. Di sinilah bermulanya keturunan Wan di Kelantan.
Sebenarnya Long Bahar berketurunan Wan, tapi selalunya jika anak sulung, secara automatik akan digelar Long, walaupun anak-anak lain adalah Wan. Kira Long tu ialah nama panggilan.
Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom, bernama Long Sulaiman, telah ditabal menjadi Raja selepas ayahanda baginda, Long Bahar meninggal. Di sini, Long Sulaiman turut memakai gelaran Long juga kerana baginda ialah anak Wan yang sulung.
Anak Long Sulaiman yang bernama Long Yunus, telah menyatukan seluruh wilayah di Kelantan lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan yang pertama.
Maka begitulah kisah bagaimana nama gelaran Nik dan Wan muncul di Kelantan. Nik itu berasal dari nama anak angkat Puteri Saadong. Dan Wan pula dari keturunan Long Yunus.
> <
Seorang penuntut Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan.
Menurut Nik Norma, dalam susur-galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekaligus mewarnai keturunan keluarganya.
Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan samada gelaran Nik pada nama keluarganya berasal dari keluarga diraja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku.
“Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf, walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik,” katanya.
Apa yang difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendirinya jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki biasa, katanya. Namun, ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik kepada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Gelaran Nik berasal dari mana?
“Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saadong (berkerajaan di selatan Thailand), ada seorang raja yang tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.
“Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakannya dengan gelaran kerabat diraja yang lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua-dua hidangan berkenaan.
Nik Norma berkata, dari kajian yang dilakukannya, ada pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga 19 dan diteruskan hingga kini.
“Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan memudahkan proses melahirkan,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.
> <
Cerita tentang Wan di Kedah pula berlainan dengan Wan di Kelantan. Jika Wan Kelantan, mereka ini dari jalur keturunan Raja Patani.
Tapi di Kedah, gelaran Wan ini sebenarnya dari perkataan Pahlawan. Sultan Kedah mula memberi gelaran Wan kepada Panglima-panglima Istana yang banyak berbakti untuk Kedah.
Ketika zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, Siam telah menyerang Kedah. Bermulalah gelaran Wan oleh para Panglima Kedah seperti :
Datuk Bendahara diberi nama Wan Mohd Sidek
Datuk Temenggung, bernama Wan Musa.
Selepas itu, sesiapa yang menjadi Bendahara, Temenggung dan Laksamana, akan terus diberi gelaran Wan dan kekal sehingga cucu-cicitnya.
Dan itulah apa yang aku yakin dan mudah faham setelah aku cari and mencari.
Kalau aku sendiri dilahirkan di Pulau Pinang. Nama Wan aku mungkin dari ayah aku, Wan Musa bin Wan Khalib. Tapi, mak aku pun aku ada pangkal Wan, Wan Roshadah Binti Wan Taib. Jadi, kesemua adik-beradik aku mempunya pangkal nama Wan.
Pada mulanya, aku menyangkakan bahawa sememangnya nama Wan keluarga aku (mak dan ayah) berasal dari Kedah tapi apabila diceritakan semula oleh Mak aku sendiri, keluarganya ada keturunan dari Pattani dan sebelumnya menetap di Kelantan sebelum berhijrah ke Kedah. I mean, mak aku bukanlah menggunakan Wan yang keturunannya dari Kedah tetapi Kelantan/Pattani. Back to ayah aku, beliau memang pure Kedah.
Manakala di Pattani atau lebih dikenali sekarang sebagai Narathiwat - wujud keluarga “Wan” yang mana kebanyakan telah berhijrah ke Baling, Kedah, Perak Utara dan negeri Kelantan.
So, hmm. Aku masih lagi cuba nak faham betul-betul salasilah keluarga aku, But, terlalu sibuk kalau nak bertanyalan tokngah aku dan yang lain.
Untuk sesiapa yang rasa nak berkongsi mengenai salasilah keturunan Wan, silalah komen ya. Untuk makluman semua jugak. Apa salahnya berkongsi, kan ;')
Sekian,
7 Comments
Wan,nik,tengku,tuan,che tu semua berasal dari keturunan wali songo
ReplyDeleteSaya tertarik dengan komen Tuan ni. Pernah baca wali songo dari kelantan jgk. Tuan ada cerrita lanjut ke berkenaan wali songo dan kaitannya dengan keturunan nik dll ni.
DeleteSy juga keturunan wan .. dan ad yg kata dari sunan kudus
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTerkejut juga bila dengar kisah ni
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteDatuk saya dari Patani nama bergelar Wan, arwah ayah pernah beritahu salasilah dari keturunan diraja, bila saya belajar tentang sejarah kesultanan patani, mereka berjihad menentang British Dan Siam, untuk mengelakkan dari ditangkap British, keturunan mereka mengguna gelaran Wan dan berhijrah ke Kelantan dan Terengganu. Sesungguhnya Britishlah penjajah Yang laknat Yang memusnahkan sejarah dan naskah naskah penting kesultanan Melayu. Tapi syukur kesultanan Melayu Yang lain di Malaysia ini masih Allah pelihara dengan izinNya.
ReplyDelete