HARI GURU SMKA AL-IRSHAD
By Wana - May 28, 2017
Assalamualaikum wbt.
Acewah kau wana, mentang-mentang Ramadhan, bagi salam pun. Tolong lah aku masih bersedih lagi ni dengan laptop. Sepanjang masa nak rosak. Dah elok bwk pi kedai, aku balik asrama je dia rosak balik. Eh memang orang kerja utk perbetul kau je ke.
So, terpaksa tangguh dulu untuk update my poems, seriously weh banyak gila sajak aku sekarang. So, sekarang update entri baru pun kena guna phone. Tapi tak boleh update entri untuk page. Allahu. Sedihnya menyayat hati, tragis sungguh kisah kau wana.
Okay, back to my title, nak share tentang Hari Guru sekolah kami uolsss. Tapi deco kami taklah sehebat sekolah uolss. Deco kami biasa2 je sebab nak flow majlis tu yang berjalan lancar. Tema kami Time Travel. Haa, ingat senang ka nak bagi nampak travel tu. Susah kot. Dahla minggu exam. Sambil exam nak kena fikir tentang Hari Guru. Perghh parah weh. Dah habis majlis, sambung lagi exam. Perghh, lagi sangat parah ni.
Paling main deco dia of course lah terowong tu. But, hat sedihnya tak sempat nak bergambar dekat situ. Cantk dohh. Serius tak tipu. Aku taklah memainkan peranan yang besar sangat pun dalam deco, sebab i got another task, kena perform sajak sempena hari guru. Perghhh, ingat aku menulis ja ka. Aku pun spesies menyuarakan karya aku. Dan paling sedihnya bila orang kritik macam-macam. U know what, that event special for cikgu-cikgu. Bukannya kau. Haishh, menyibuk sungguh budak2 ni. Its hari guru, bukan hari kanak2. Kotlah kami ni nak sambut kanak2 riang, takpelah nak kritik pun. But, sokay. Betullah, event kami memang tak sehebat dan tak segrand mana pun. So, kami terima ja. As long as kami dah berjaya settlekan this event. Alhamdulillah.
Dan di kesempatan ini, walaupun lambat, wana nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DI MALAYSIA. TERIMA KASIH ATAS TUNJUK AJARMU DAN PENAT LELAHMU DALAM DUNIA PENDIDIKAN INI. KAMI SAYANG CIKGU.
NAH SPECIAL UNTUK SEMUA CIKGU.
Guru adalah awan indah terbang rendah,
Walau berona mendung di lembayung senja,
Tetap hujannya menyegarkan buana.
Walau berona mendung di lembayung senja,
Tetap hujannya menyegarkan buana.
Dia seorang guru,
Meskipun penat menghadap kerenah,
Namun tetap mencurah segala.
Suara ihsannya ketika manusia kalah,
Menjadi ubat penawar keperitan.
Walau sepi syahdunya dalam dunia yang resah,
Tetap dipendam asalkan,
Barisan murid yang diharapnya,
Menggapai bintang yang paling bersinar.
Meskipun penat menghadap kerenah,
Namun tetap mencurah segala.
Suara ihsannya ketika manusia kalah,
Menjadi ubat penawar keperitan.
Walau sepi syahdunya dalam dunia yang resah,
Tetap dipendam asalkan,
Barisan murid yang diharapnya,
Menggapai bintang yang paling bersinar.
Orang kata guru itu biasa,
Tapi bagi aku guru itu pelangi,
Mewarnai kehidupan kami.
Tapi bagi aku guru itu pelangi,
Mewarnai kehidupan kami.
Seorang guru itu,
Tiadakan sirna majisnya.
Tiadakan sirna majisnya.
SELAMAT HARI GURU.
Dah wana dah. Makin lama makin meghaban. Stay tuned for more updates. Acewahh macam kau tak busy tu. Do give a thumbs up. Acewahhhhh ingat youtuber ka. Kk serius ni. Do give me ur feedback and share lah kenangan2 hampa semua dengan cikgu2.
Bye.
0 Comments