Suatu Pernah
By Wana - July 11, 2016
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Macam biasa masih lagi mampu bernafas. Nikmat yang patut kita syukuri, KESIHATAN!
Seni? What? Seni? OMG ?!!! Wana tau ka pasal seni. Ceh. Tau lah.
Sejujurnya, aku memang peminat sastera. Aku hanya seorang peminat sahaja yang bermula daripada zero tentang sastera tapi sekarang alhamdulillah Allah dah kurniakan sedikit ilmu tapi bagi aku dah macam infiniti.
K. Tetiba je kan aku nak cerita tentang seni ni. Actually, nak cerita betapa kagumnya aku dengan setiap karya FYNN JAMAL.
Ya, dia memang seorang pencerita.
Even suara dia memang tak mencapai lah tahap artis lain kat Malaysia ni, tapi paling mencapai kat hati aku.
Sebab setiap lagu yang diceritakannya mempunyai jiwa yang berjaya menyentuh jiwa-jiwa yang lain termasuk jiwa aku. Walaupun serangkap tapi dah membawa makna. Dan jiwa dalam lagu tu berjaya sampaikan seribu lagi makna dari penceritaan lagu tu.
Bila first time aku dengar lagu Arjuna Beta, aku menangis. Lagu tu brjaya sentuh hati ramai orang sebenarnya. Dan sejak tu lah aku mula follow Fynn Jamal ni. Dia tak memerlukan suara Adele untuk berjaya membuatkan aku terpukau. Tapi jiwa dalam setiap bait lirik lagu tu membuatkan bukan aku ja yang terpukau tapi aku pasti ramai lagi.
Susah sebenarnya bagi aku nak cari someone yang memang dikenali untuk aku jadikan idola. Lebih kurang idolah lah jugak. Macam korang ada artis yang korang minat sendiri lah. So, kira aku ni Fynn Jamal lah as bila aku dengar lirik lagu-lagu Fynn Jamal tu membuatkan aku berjaya mengikut cerita yang disampaikannya.
Susah kot nak cari orang yang sama-sama jiwa dengan kita weh. Tambah-tambah orang yang kita tak pernah rapat. Acewahh.
K. Bagi yang tak berapa kenal lagi Fynn Jamal, meh aku share lirik lagu dia.
"SUATU PERNAH"
verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.
seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...
verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.
seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.
chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.
dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.
verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.
takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.
takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.
(repeat chorus)
bridgepernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah
suatu—
pernah.
Lirik ni aku ambik dekat blog Fynn Jamal . Boleh klik je link tu.
0 Comments