Pemantun Al-Irshad

July 15, 2016

Assalamualaikum.


Selagi tak ada yang request untuk aku update entry gini, memang terus-terusan je lah dengan puisi aku. So, sapa yang rasa tak leh pi dengan post jiwa rabak aku sebelum ni, kali ni confirm momfem hampa boleh pi dengan post ni. Well, Im gonna share tentang family pantun.



WUSHH KAU WANA, FAMILI. EK ELEH,



Memang family pun. Yelah, cer bayangkan time aku form3 dulu, berlatih dari pagi sampai petang. Lps maghrib sambung sampai tgh malam. Memang spend time sekali semua. Macam mana tak rapat kan. Even kisah sedih pun okay je nak share dengan semua. Biasanya, certain manusia ni cepat rasa annoying dengan kisah sedih berduka lara jiwa merana rabak batin hati tahap apa dah. Jadi, bila dapat someone yang boleh pergi dengan semua cerita kau, appreciatelah. Susah kot nak jumpa. Bnayaknya talam dua muka. Tak talam, backstabber.

So, sampai satu tahap orang salah faham dengan kami ni. Yelah rapat sangat kan. Tapi, bila semua sedih sama-sama, sedih tu hilang macam tu ja sebab jumpak satu akar baru iaitu QOWIY. *kesadoan/kekuatan/kegagahan/kemaskulinan. Hehh, macam melebih pulak aku cerita. K skip2 jom.


Sampai pertandingan tahun tu 2015, kami terkandas kat peringkat negeri ja dengan naib juara. Huwaaaa. Sedih kot. Sebab aku ada letak harapan, so kesedihan tu melebihi had lah jugak. Tapi bila kenang balik apa yang kami dah lalui, -susahderitaberlatih-manjangjakenakecam-perlikawan2-cikgu2asyiktanya, semua rasa manis ja. Jadi aku cuba nak kata kat sini,



Bila kita dah susah, hasilnya walaupun tak macam yang kita nak, tetap jadi manis. Sebab kita berjaya sampai ke akhir kot. Tak pikir ke ada orang terkandas kat tengan-tengah. Jadi, syukur!



Bila mai tahun ni, kami join satu pertandingan pantun anjuran UKM. Ketaq tu lagi teruk sebab first time join weh. Dengan negeri-negeri lain lagi. First day tu, kami kena buat short intro dekat depan-depan dewan kuliah. Alah tempat lecturer dok berceramah tu lah. Buat tak tau pulak. Dan aku tak pernah seketaq macam time tu k. Aku jalan dengan kaki terketaq-ketaq. Allah je yg tau macam mana gugupnya masa tu. AND tu first time aku gugup teruk gila. Pelik juga sebab bila pertadingan besaq-besaq yang lain, tak gugup macam tu pun.



Banyak jugak yang kami belajaq sepanjang pertandingan tu. Boleh dikategorikan sebagai BANYAK GILA jugaklah. Tapi, rezeki tak berpihak dekat kami, Kami terkandas di peringkat suku akhir. Time tu lawan dengan SMK King Edward VII. Nak kata sedih tu tak sangat lah, sebab aku sndiri tak expect sangat pun nak pegi sampai tahap tu.



Tapi, apa paling mengharukan ialah, kami semua tersenarai dalam 15 pemantun terbaik sebelum final tu. Kira sepanjang lawan-lawan banyak kali tu lah. Saringan lah kot. Entah aku pun lupa dah 15 pemantu  terbaik apa entah. Lama dah kan. Aku pun dah lupa. Even sekolah yang johan pun 2 orang je yang tersenarai. Time tu aku aku dapat ketujuh terbaik, kak thira kelapan terbaik dan kak ajim ketiga terbaik. Even tak diiktiraf dengan apa-apa anugerah or sijil, tapi still bangga k.


Dan lepastu baru pertandingan pantun yang selalu punya. Dan alhamdulillah, tahun ni rezeki sampai ke kebangsaan lepas johan peringkat negeri. Time lawan-lawan semua tu terperasan pulak musuh kami (acewah musuh bakhiangg) k dak2, pihak lawan lah. Pihak lawan kami tahun lepas yang johan and semua still orang yang sama dan same goes to us. 
MEMANG CEQ KETAQ GILA LAH!

Bila suku akhir ka separuh akhir ka memang tak akan jumpak diorang. Mesti jumpak dekat final punya macam mana pun. Macam satu tradisi pulak. Dan Alhamdulillah, tahun ni rezeki kami pulak untuk wakil pulau pinang ke peingkat kebangsaan. 

Kami pun meneruskan perjuangan ke kebangsaan pulak. Dekat Poli Sbrg Perai ja. Cehhh, dekat gila.
Nasib yang sama. Suku akhir. Suku akhir ja semua. kkkk.


(acewahh. masa lawan ni.)

Sejujurny aku nak nangis ni. acewahh. Terima kasih lah dekat kak ajim dan kak thira yang tak pernah serik layan perangai kami(akulah) yang setiap masa annoying ja. Terima kasih jugak dekat Muiz, Firdaus sebab banyak membantu pantun. Acewahh macam aku pulak ketua pmantun. Malasdah actually nak buat capt panjang-panjang sebba dah buat kat insta kbaii. Kita layan gambaq je.

(Dengan Pemantun SMK King Edward VII. boleh detect kan kami mana satu)







































(Acewahh pemantun-pemantun Irshad tu -,-)


(Haziq, Pemantun SK Genting. Dah la comel, bila pantun allahu melting akak)


(Ya Alah, sesat ke apa ni -,-)


(Last, ni lah pemantun-pemantun Al-IRSHAD)


Ok guyss. Aku rasa cukup ni ja cerita pantun aku. Harap paham lah segala meraban aku sebentar tadi.


Di atas atap burung jentayu,

Dipanah lubalang tunggang pedati;
Tiada diterap kiasan Melayu,
Makrifat dijulang disalah erti.


Jadi, jom semua kita belajar Bahasa Melayu. Acewahh kau Wana macam pegawai DBP.

*kalau nak tengok gambar dengan lebih jelas, bawak cursor hampa ke gambar tapi tak perlu klik lah. Letak je. Okay? OKAY? k.

You Might Also Like

0 comments